English Deutsch Français Italiano Español Português 繁體中文 Bahasa Indonesia Tiếng Việt ภาษาไทย
All categories

2 answers

Secara umum objektif asas Sekolah Wawasan ialah untuk mengintegrasikan murid dari sekolah kebangsaan serta sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang berkongsi padang mainan dan kantin adalah ke arah tujuan berkenaan.

Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).

Secara spesik, tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan:
- Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang
- Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
- Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
- Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :

- Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
- Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
- Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
- Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
- Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

2006-08-09 19:16:27 · answer #1 · answered by dranagar 5 · 0 0

i am also a malaysian actually vision school means putting the three race together to study chinese . malay and indian it means there is no vernacular school anymore

2006-08-09 03:45:21 · answer #2 · answered by Anonymous · 0 0

fedest.com, questions and answers